‘Pawagam mini’ filem lucah
| TUMPUAN…rumah sewa dijadikan mini pawagam filem lucah. |
SIK: Disebabkan kekurangan aktiviti hiburan, sekumpulan pendatang asing warga Indonesia menjadikan rumah sewa mereka di Kampung Keda, Kota Aur sebagai pawagam mini menayangkan filem lucah sejak hampir setahun lalu.
Difahamkan, rumah sewa yang dihuni lapan pendatang asing itu turut menjadi tumpuan ramai lelaki warga tempatan yang turut sama ‘menikmati’ tayangan itu.
Pendatang terbabit juga dikatakan tidak mempedulikan sensitiviti penduduk sekitar kawasan itu walaupun kawasan itu didiami oleh ramai yang sudah berkeluarga serta mempunyai anak.
Seorang wanita yang hanya mahu dikenali Kak Noor, 45, mendakwa, rumah itu menjadi tumpuan ramai lelaki di sekitar kampung itu setiap malam bagi menonton filem lucah yang ditayangkan.
Pada mulanya dia menyangka mereka menonton perlawanan gusti atau bola sepak tetapi menghairankan kerana tidak pernah mendengar sorakan atau bunyi bising daripada rumah itu.