search slide
search slide
pages bottom
Maghi Belajar Loghat Klate

Panduwe yg ni agak lengkap utk gu-gu yg dah lama tak jejak negeri cik ct wan kembe atau dok mastautin diluar kelate/malaysia …
Subject: Maghi Belajar Loghat Klate
Sekadar nak menambah vocabulary korang…. yg kawin ngan org pantai timur pon kene blajar gak… senang nak cakap ngan in law korang.

UTK REFRESH BALIK… takut2 ado hok tok ingat doh…… maklumlah duk lluar lamo….. kalu balik kappong tok la malu
& nbsp;

Vocabulary :
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun

Kelantan + English?? = “Kelantalish”
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll…
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)

Ada beberapa “bunga bahasa” dalam loghat kelantan yang unik..
Antaranya:
YAK = lebih kurang “opocot!!!” atau “oops!!”
DEH? = memohon restu atau persetujuan. ..lebih kurang “OK?”,
GAK = lebih kurang “habis tu..” atau “so..”
PAH? = lebih kurang “GAK”
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = “ya lah..” atau “yes”
DOCK? = lebih kurang “bukan?”, “betul tak?” atau “isn’t it?”
LAMOKE = nanti kan

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat
tempat lain…Yang popular digunakan antaranya:
CEBOCK : kita maksudkan ‘cedok’, selalunya untuk cecair, mencedok
air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud “basuh b***k”
(istinja).
PPATAK : kita maksudkan ‘paling bawah’. Mencarut bagi mereka…
JEBO : kita maksudkan ‘botol’ (kurang popular sebenarnya, tapi org
tua-tua masih guna perkataan ni..) Kalau silap dengar, lain
maksudnya.
NYOR KOTER : kita maksudkan “kelapa tua yang kering tak berair”
(ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut
juga!!
TTINO : kita maksudkan ‘perempuan’ tapi bila sebut BETINA, ramai yang
marah.(begitu juga JATE…)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang
luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK…)Yang fresh
& manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala “simbol” kemesraan antarakawan. ..cuba direct
translate jadi BINATANG… Boleh bergaduh nanti…
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud “tidak kena mengena”, bagi org KL,
ia bermaksud “kaum kerabat” contradict betul!!!sprt gak perkataan
bujang(buje) membawa erti janda kalu di kelantan.
SIA = sembuh

Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an’,’ am’,'ang’ diganti dengan
`e’. cth :
Jangan = jange
Lengan = lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.)

Akhir sekali, peranan “SABDU” dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh, Tanpa ’sabdu’ orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!

Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA (useless).Atau keliru diantara KECEK(’ngenen’ ) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur di luar)

permintaan terakhir

Suko sama suko (My Heart)

Seasons In The Sun (Studio Version)

Sedi aku Pedih…..

Ingat Sokmo Hok Mok pese….

Manohara - up close and personal

Sitting in a room at a hotel in South Jakarta is a 17-year-old girl who has travelled the world, married a prince and run away, and whose face is now famous across Indonesia.

Her story is so extraordinary that it is hard to believe. Her fairytale-to-nightmare claims of a whirlwind marriage, kidnapping, abuse and escape have gripped the Indonesian public, overshadowing the Ambalat row with Malaysia and upstaging the July 8 presidential election.

orm action=”http://sedo.com/search/searchresult.php4?language=us&partnerid=40227″ method=”POST” target=”_top”>

Why did she get married?
Harga barang, makanan mahal di KLIA

Pengunjung yang datang, terpaksa menjamu selera di medan selera KLIA walaupun harga makanan di situ agak mahal.



KUALA LUMPUR 31 Mei - Harga makanan dan barangan yang dijual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disifatkan terlalu mahal buat warga tempatan.

Orang ramai ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini mencadangkan agar peniaga menawarkan harga yang lebih berpatutan untuk rakyat tempatan berbanding harga yang dijual kepada pelancong asing.

Namun begitu, daripada segi kemudahan yang disediakan, KLIA menerima pujian orang ramai yang rata-ratanya berpuas hati dengan perkhidmatan lapangan terbang tersebut.

Seorang kakitangan swasta, Mohamad Zairul Mohamad, 21, berkata, KLIA dikunjungi oleh lapisan masyarakat yang memiliki latar belakang pendapatan yang pelbagai.

”Bagi mereka yang berpendapatan sederhana, harga barangan dan makanan di sini boleh dikatakan agak mahal kerana mungkin sewa di sini tinggi,” katanya.

Mohamad Zairul berharap kerajaan dapat membantu pihak pengurusan mengatasi masalah itu terutamanya dalam situasi ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan.

Seorang lagi pengunjung, Muhammad Hafifi Hussain, 22, memberitahu, selain harga barangan, pihak pengurusan KLIA mungkin boleh menimbangkan menambah bilangan kerusi untuk pengunjung kerana jumlah yang ada sekarang tidak mencukupi.

”Pengunjung yang datang di sini saya lihat ramai terpaksa berdiri lama ketika menunggu saudara atau kenalan di balai berlepas mahu pun di balai ketibaan,” ujarnya.

Katanya, kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) juga perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan KLIA kerana hak golongan tersebut tidak boleh dipinggirkan.

Seorang petugas di KLIA, M. Rajeswari, 20, berpendapat, lapangan terbang tersebut telah menyediakan kemudahan asas yang terbaik buat para pengunjung.

”Malah pengangkutan yang disediakan untuk kakitangan di KLIA juga mencukupi dan menepati masa yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Norazila Mohd. Noor, 22, pula berharap potongan harga makanan sebanyak 10 peratus bagi kakitangan di KLIA dapat ditambah kerana kadar tersebut terlalu rendah untuk harga makanan yang dijual di situ.

”Pendapatan saya hanya sederhana dan potongan 10 peratus yang diberi terlalu rendah.

”Tiap-tiap hari saya makan di sini, ia cukup membebankan kerana makanan di KLIA harganya agak mahal,” katanya.

Seorang penumpang, Muslim Mustafa, 37, berkata, dia yang kerap berulang-alik dari Labuan, Sabah ke ibu negara dapat merasakan kenaikan harga barangan di KLIA pada tahun ini berbanding tahun lalu.

”Biasalah tempat-tempat macam ini memang mahal tetapi kalau dapat diturunkan sikit harganya terutama makanan saya rasa sudah memadai,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai kemudahan yang disediakan, Muslim berpendapat, KLIA berada pada kelasnya yang tersendiri kerana kemudahan yang disediakan cukup baik.

Huru-hara Chin Peng kembali

KUALA LUMPUR 31 Mei – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) memberi amaran negara akan mengalami huru-hara jika Chin Peng dibenarkan kembali.

Naib Presidennya, Adiwijaya Abdullah berkata, ini kerana pengganas komunis paling dikehendaki itu telah meninggalkan kesan yang sangat pahit kepada rakyat terutama orang Melayu.

Beliau berkata, tidak ada sebab untuk membawa pulang pengkhianat itu kerana ia akan menghiris perasaan bekas tentera dan ahli keluarga yang kini menderita akibat kekejaman komunis.

“Kami menentang sekeras-kerasnya usaha membawa kembali Chin Peng ke negara ini. Jangan biarkan dia jejakkan kaki di sini.

“Fikir-fikirkanlah pandangan dan perasaan rakyat di negara ini terlebih dahulu. Negara kita sudah aman jadi janganlah timbulkan kekecohan pula,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Pengerusi Lembaga Beradat PSSGM di setiap negeri untuk menganggotai Lembaga Beradat persatuan itu di peringkat kebangsaan selain melantik tujuh orang untuk menganggotai Ahli Lembaga Waris Amanah pertubuhan tersebut.

Pelantikan itu dibuat setelah PSSGM menamatkan mesyuarat selama dua hari berakhir hari ini di Hotel D’ Palma, Ampang, Selangor.

Menurut Adiwijaya, PSSGM juga menyatakan sokongan terhadap ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak membawa pulang Chin Peng.